\

Aug 23, 2010

puasa puasa puasa

teringat dulu2,
bila puasa je ibu kejutkan.
paksa aku lompat lompat seperti tiap tiap pagi hari biasa supaya tekak boleh berkerja lebih dari nafsu mengantuk.
masa tu sebelum sahur mesti di baca niat puasa sebijii sebiji lepas tu aku ngn adik-adik aku ikut.

sekarang,
sahur member kejut.bancuh air kalau rajin tetapi memang susah nk rajin. bukak setron(peti ais yg nama sumpah tak glamour langsung) tuang air. teguk sikit.terbongkang tidur balik dan suruh ibu atau adik aku buat 'panggilan rindu' kejut subuh. bangun pun bila dikurniakan hidayah.

dulu,
buat teraweh sampai 20 semata mata nk mkn moreh ramai ramai. kalau dah bosan, lepas isyak dh gerak pergi cc main counterstrike tak pun lepak kedai makan samian dpn masjid tapi tak order apa-apa dan hanya tengok nasoha main pokemon blue yg macam tak pernah habis . ini semua sebab nasoha bagitau aku yg bapak dia cakap isyak wajib teraweh sunat. cis!

sekarang,
nak teraweh susah sebab lecturer ingat bila buat kelas malam budak-budak tak ngantuk padahal mengantuk tu ade di mana mana sahaja.tak pun pegi kokurikulum ketuk peking yang bunyi dia lagi nyaring dari suara ning baizura. nak teraweh pun tunggu weekend kt rumah itu pun kalau ibu masak tak melampau banyak.

akan datang?
mampukah aku have a date  ngn ramadhan lg tak pun nyawa aku dah melayang lari yang belum tentu dapat nikmat kubur tak pun dipalu sehari hari dek mungkar & nankir.

p/s: tahun ni aku nk puasa penuh sebab dah lama tak puasa penuh sebab leka ngn panahan nafsu. maaf, saya bukan insan kamil.

No comments: